About Me

My photo
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

Sunday, October 14, 2012

LUKISAN POTRET ...Dan yang sewaktu dengannya..

Assalamualaikum..
   selepas kira2 2-3 bulan,baru sekarang aku ada mood nak kemaskini blog yang sunyi ni..(O:
Sebelum tu,jutaan terima kasih aku ucapkan pada kalian yang sudi singgah di blog aku ni,selalu mengikuti perkembangan aku..yang selalu memberikan komen dan kritikan membina serta tunjuk ajar serta kalian yang memberikan kepercayaan pada khidmat aku..Semuanya amatlah aku hargai..Bagi aku ini semua merupakan sokongan kalian yang hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya..semoga kalian sentiasa di rahmati Allah swt..amin..

..Maafkan aku,disebalik passionate aku melukis,aku juga terikat dengan beberapa komitmen lain..
Mungkin ramai yang tak tahu,@ tak pernah aku bgtau pun..hehe...Aku sebenarnya bukan lah Pelukis sepenuh masa..
Bertugas sebagai Penjawat Awam di sebuah Pejabat Kesihatan Daerah di suatu daerah di utara..kadang-kadang terpaksa stay up dan pulang lewat , perlu hadir bertugas pada hari cuti...maaf aku kurang berminat utk bercerita mengenai perkara ni sebab aku lebih suka dikenali sebagai seorang pelukis..(o:

      Selain daripada itu,aku juga minat dan terlibat secara tak langsung dalam penulisan lirik dan penciptaan lagu..Kalau ditanya,aku lebih cenderung ke arah genre muzik nasyid..Baru-baru ni khidmat aku diperlukan untuk membimbing satu kumpulan nasyid dari kalangan penuntut siswi di Universiti Utara Malaysia.sebelum ni di Kolej jururawat,di pejabat2 kerajaan,dll..alhamdulillah,at least ade jugak hasilnya..hehe....nanti la ade masa aku kongsikan & perdengarkan lagu hasil ciptaan aku..kita sembangkan perkara ni di masa lain k..


     Aku juga sentiasa cuba sebaik mungkin untuk melibatkan diri atau cuba hadir dalam mana-mana program-program berkaitan kesenian yang selalu diadakan..Walaupun tak terlibat secara langsung atau ade menghantar karya,sekurang-kurangnya aku dapat banyak pendedahan dan belajar serta kenal mengenali sesama artist yang baru dan yang berpengalaman..ini juga suatu proses pembelajaran..Ini tak termasuk lagi dengan aktiviti aku dalam bidang photografi dan perangai aku yang suka berjalan...huuhu..di tambah lagi dengan komitmen dan tanggungjawab utama aku pada keluarga...

    Sedikit info tentang beberapa perkara sebelum ni,aku mohon maaf pada kalian..Sebelum ni,agak lama aku berehat..di sebabkan aku terpaksa fokus pada urusan perkahwinan aku,alhamdulillah semuanya selesai..aku dan isteri selamat di ijabkabul pada 1hb jun 2012..alhamdulillah..kurang sebulan lepas tu,aku sibuk pulak dengan urusan tukar tempat kerja dan pindah rumah..semuanya aku kena setle sorang2 so fhm2 je la..huhu..dalam kekalutan tu,aku terpaksa 'cuti' kejap melukis..so akibatnya beberapa tempahan tertangguh..dah pun aku maklumkan..walaubagaimanapun,rasa serba salah tu tetap ada sebab ini setiap tempahan tu amanah orang..

    Jadi berbalik pada perkara di atas tadi,..itu semuanya memerlukan aku merancang dan menguruskan jadual aku dengan sebaik mungkin supaya semuanya dapat berjalan lancar dan tidak ade yang terlepas pandang..tapi kadang2 tu ade "keceper" jugak..
Melihatkan kepada semua ni,selalu je ade soalan yang di ajukan pada aku,habis tu bila masanya ko melukis bro? hehe.... dah jadi kebiasaan aku mula melukis waktu lewat malam hingga ke awal pagi..pada aku itu la masa yang paling produktif samada melukis atau mencipta lagu..esoknya bersiap dan pergi kerja macam biasa..perkara ni bukan la pelik pada golongan-golongan tertentu termasuk lah aku..kalau dah minat,macam mana pun kita akan usaha juga cari ruang tu..takde alasan...yang penting siap je..*peringatan ; aku ni bebas dadah k..hehe

   Ok la..banyak sgt aku membebel dah ni..di sini aku kongsikan beberapa gambar lukisan yg sempat aku rakamkan..(O:

LUKISAN POTRET .. (work in progress..) HAPPY ANNIVERSAY -ZANA

LUKISAN POTRET 2 ..work in progress..SELAMAT PENGANTIN BARU.. - hakimah

LUKISAN POTRET 3 ..SWEET COUPLE ...hadi

LUISAN POTRET 4 .. HAPPY BIRTHDAY .. liyana




LUKISAN POTRET 4 & 5..SIFULAN & NUAR ,
 & sepetang di muara


LUKISAN POTRET 6 ..KAU SATU DALAM SEJUTA..
before the final touch up


LUKISAN POTRET 7 ..


LUKISAN POTRET 8..HAPPY BIRTHDAY BOSS..aki

LUKISAN POTRET 9 ..FRIENDSHIP ..aisyah

LUKISAN POTRET 10 ..DI HARI PERTUNANGAN..kak sofi

pencil on paper.The study




 kump SAYIDDAH SAKINAH ....
aku tumpang gembira..tahniah..
lps ni boleh usaha lagi..

pada mereka aku berkongsi lagu terbaru yg sempat aku siapkan..harap dapat la jadi manfaat bersama walau tak seberapa..sikap komited diorang buat aku puas..

*Sedikit kenangan manis ni membuatkan aku lbh bersemangat utk terus berkarya...insyaallah...akan byk lagi lagu baru yg akan menyusul..

memang kerja banyak,tp asyik mengadap benda sama je fed up gak..sesekali kena gak alih pandangan pada benda lain..dunia ni luas utk kita nikmati....

*tapi lukisan tetap jadi keutamaan..
kredit utk Maisarah Saidi Sukri utk lirik yg kuat..



Gambar kenangan bersama pelukis2 hebat dan orang kuat yang menjayakan PERAK ARTS FESTIVAL 2012 @ iPOH
Dari kiri Ngdawiyah Ismail,Cikgu Salleh,Mashitah, Ismail Alias,Aku dan Maisarah

Gambar Kenangan bersama Pelukis potret,karikatur dan kartun pada hari terakhir Pesta Konvo Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah pada 3-10 oktober yang lalu..
Dua dari kiri : Reyza aka Conteng Ajer Arts,Putra Helmy,Joy,Manzar & Zul

Sekian saja cerita panjang berjela aku untuk kalini ...haha
selebihnya korang boleh follow kat page fb aku AKU,POTRET DAN KAMU
Tq for LIKE my page

Kita jumpa lagi di post seterusnya..
Assalamualaikum...

Tuesday, August 7, 2012

SEMPENA HARI JADI AKU HARINI,AKU ADE RASA RAJIN SIKIT NAK UPDATE BLOG NI... ANTARA LUKISAN POTRET AKU UNTUK AWAL OGOS 2012 ... (O:


assalmualaikum.. maafkan aku sbb agak lama aku tak update blog ni..sejujurnyua aku agak sibuk skrg.. ade masa terluang nanti aku akan update.. sekarang merupakn masa untuk aku pulun siapkan kesemua tempahan-tempahan lukisan korng. kat sini aku lampirkan beberapa artwork aku..selebihnya korang boleh follow kat page FB aku..



Sebelum tu,aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua ahli keluarga,teman dan kenalan yang tak lupa memberikan ucapan beserta doa beserta juga dengan majlis sambutan yang ade kek yg sangat2 cute..sempena ulangtahun harijadi aku harini.. 10 ogos...terharu aku beb..ramai juga yang ingat kat aku lagi rupanya ye....sebak ni...uhuk3...alhamdulillah..Terima kasih aku ucapkan..hanya Allah je yang dapat membalasnya... semoga doa kalian di makbulkan..insyaallah...
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!  hehe





sebahagian daripada lukisan potret .. sebelum di 'pack' dan di pos kepada customer





SELENA.. 
@ alyn...alyn ni sebenarnya kawan yang sama sekolah dgn aku dulu..juga merupakan kwn baik kepada kawan baik aku...dengan menunggang motor yamaha sukan (sport) ,setiap petang dia akan datang ke rumah jiran aku,yang juga kawan baik aku..dan kawan baik dia jugak la..faham? tak faham sudah...(O: 
       ni cerita lama..kira-kira 10 tahun yang lepas..tapi masih segar dlm ingatan aku...baru2 ni dia terjumpa balik dlm fb dan...selain drpd menjalin kembali silaturrahim antara kwn2 sekolah aku dulu..malah telah membawa kepada terhasilnya lukisan potret ini...(:



 


lukisan potret ni pulak,merupakan tempahan daripada sorang kwn aku dlm FB...yang mana aku rasakan gambar ini di ambil daripada majlis pertunangan diorang berdua ni...menggunakan saiz kertas lukisan b4, & pensel steadler 6B,ini la hasilnya.. (gambar ini di ambil sebelum final touch up)  ... di doakan agar hubungan mereka berdua ni kekal bahagia ke akhir hayat...insyaallah....amin....(O:





Sayang Ibu...
Automatically aku sendiri yang pandai2 bubuh tajuk ni..hehe..ini pulak merupakan tempahan daripada sorang kawan aku dlm FB,dari putrajaya..di lukis atas kertas lukisan saiz b3,pensel steadler 6B dan sedikit sentuhan dengan charcoal stick ( maaf nampak comot sikit..gambar ni aku snap masa baru siap 60 %)..


Sunday, May 27, 2012

lukisan potret terbaru... - MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT... -

Assalamualaikum....& Salam Seni...

Gambar Lukisan Potret ni merupakan lukisan terbaru aku sempat siapkan...& berkesempatan untuk aku upload.
Maaf kan aku,sebenarnya banyak lagi yang aku tak upload.Aku cuma upload sebahagian daripadanya.
Untuk potret kali ni,merupakan tempahan en,Fadzly daripada Johor.Berukuran 60 x 40 cm,aku gunakan pensel faber castel 6B.
Beliau minta untuk aku tulis "MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT " pada potret ni.beliau juga bagi aku beberapa keping gambar utk aku pilih & aku pilih gmbr seperti di bawah utk aku sesuaikan dgn ayat tadi..(O:

:: TERIMA KASIH EN.FADZLY..






 




*Tak seperti kebanyakan lukisan2 aku sebelum ni yang byk guna teknik gosok,boleh katakan sekarang aku lebih suka gunakan teknik stroke.Pernah aku katakan sebelum ni yang aku lebih sukakan lukisan potret yang di siapkan dengan stroke yang kasar,tapi subjek tak lari.aku dah bosan dengan lukisan potret yang 'bersih' je..huhu
so insyallah aku akan cuba kekalkan dengan teknik ni.harap u'all suka k...(O:

Wednesday, April 25, 2012

FROM BFF..TO HER BFF..Lukisan Potret 24 04 2012







antara lukisan terbaru untuk minggu ni

saiz : 53 x 38 cm
medium : pensel & charcoal stick
 tempahan darpada cik amalina utk BFF beliau..
*hope u'll like it..(O:

*banyak lagi koleksi lukisan yang belum aku upload di sini..
untuk lihat selebihnya,sila ke page aku di facebook( AKU,POTRET & KAMU )
@ profile facebokk aku ( BAYU LOZIZA )


Monday, March 5, 2012

LUKISAN POTRET - Dari Sarawak ke Kedah,dari Kedah ke Kuantan...

Tempahan daripada sorang awek daripada Sarawak,sebagai hadiah istimewa buat Teman Lelaki beliau...(O:
Saiz : 53 cm x 78 cm
Medium : pensel & charcoal

Alhamdulillah,hasilnya telah memuaskan hati Emelda (bukan nama sebenar)
Setinggi pujian ku terima..
Itulah yang di namakan kepuasan,bilamana melihat customer berpuas hati dengan hasil kerja aku..

Jarang aku buat saiz mcm ni,paling menakutkan bila kena frame n pos ke alamat yang Emelda bagi.
Survey punya survey,sorg tauke galeri lukisan kat Parit Buntar rekemen aku pos guna kurier Gdex..
Alhamdulillah,selamat sampai..lukisan beserta frame juga selamat...
fuhhh lega.....

Buat Emelda,terima kasih daun keladi..
Semoga bahagia selalu...(O:

peringkat awal...
aku akan guna garisan grid utk saiz mcm ni..



mungkin si bulu aku ni tengah berfikir2 nak terbang ke mana...(O: