About Me

My photo
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

Thursday, July 21, 2011

CORAT CORET dari seorang Bayu,Zul dan Kapan- sila %^&E$%^# $%#

Assalamualaikum..warahmatullahiwabarakatuh…
Alhamdulillah..aku masih boleh bernafas hingga sekarang..dan untuk kesekian kali..aku mampu lagi untuk buat entri baru untuk BLOG YG SUNYI ni…ntah ade yang nak baca ke x lantak la..haha
Kali ni aku lebih pada nak bercerita,nak berkongsi kisah pengalaman sebagai sorg yang minat melukis,yang cintakan seni dan sorg pelukis potret yang amatur macam aku ni.Korang nak baca ke tak,aku pedulik hape,dah nama pun blog aku,suka hati aku la kan? hehe
Sebelum tu,aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada kalian yang banyak memberi sokongan..Berkat daripada komen-komen,teguran,tunjuk ajar,nasihat even yang sudi LIKE gambar-gambar lukisan aku kat facebook,yg sudi singgah kat blog aku ni,serta galakan untuk aku terus melukis dan memperbaiki mutu lukisan aku.
Secara peribadi,bagi aku sedikit demi sedikit,dari hari ke hari lukisan aku ada peningkatan.Bukan maksud aku lukisan aku dah hebat sekarang,tu jauh sekali.Tapi kalau nak di bandingkan lukisan-lukisan aku dulu,aku dapat nampak perubahan yang agak besar..
Korang pun tau,aku melukis ni bukan ada apa-apa basic pun,@ kelulusan dalam apa jua bidang seni.Aku main hentam je..yang ada cuma minat dan cinta yang mendalam pada benda ni.Bila dah bercakap pasal minat,atau cinta pada seni lukisan ni,biar tak cukup tidur sekalipun,terpaksa korbankan masa yang panjang,korbankan masa dgn kwn2,tu semua tu takde hal.
Bila ada masa,aku sibuk jadi STALKER dengan duk usyar karya-karya lukisan OTAI-OTAI,& mereka-mereka yang lebih arif,pelukis-pelukis jalanan atau pelajar-pelajar dalam jurusan seni.Pantang jumpa gambar lukisan yang menarik,KOMPOM aku akan copy.Dari situ aku banyak belajar.Aku bandingkan lukisan aku dengan lukisan diorang,macam langit dan bumi..betapa KECIK nye aku..haha..
 
syamsuri atan aka agusdhanik @ pasar seni,Kuala Lumpur

Tapi takpe,aku taknak terlalu merendah diri(macam dulu)..Kalau dulu aku nak publish lukisan aku & wajah pelukisnya (aku la tu!!) pun aku segan..takut kena kutuk.(sbb mmg ada kena kutuk pun..hihi) aku percaya kalau aku usaha lebih keras,tekun,kalau di izinkan Allah,aku mampu sampai ke level mcm diorng gak..Insyaallah…
Aku masih lagi menyimpan cita-cita aku untuk menjadikan minat aku ni sebagai karier sepenuh masa,aku nak pergi lebih jauh..Biarpun semua ni berlaku @ aku sedar ttg minat aku ni pada usia yang agak lewat,(aku mula serius & terima tempahan kira-kira 2@3 tahun yang lepas)dalam usia 27 tahun ni,tapi bagi aku takde ape yang mustahil dalam hidup.

with adi jagad @ tapak ekspo bandar baharu,kedah

Masa orang lain tengah syok berkeruh dalam selimut,masa umat-umat yang lain tengah sibuk berTAHAJUD,aku selalu leka melukis..ape daaa…huhu….
      
          Tapi semua letih,pening,sakit mata,sakit pinggang tu akan terbalas bila lukisan tu dah siap.Biarpun sebenarnya kadang2 bila di fikirkan,bayaran untuk tempahan sebuah lukisan tu takde la banyak sangat klu nak di bandingkan dengan komitmen untuk siapkan lukisan tu.
Aku taknak menipu,aku tak mau jadi hipokrit.Untuk setiap tempahan,aku akui aku bukan pelukis yang boleh siapkan lukisan dalam masa yang singkat.10-15 minit..its not me!!

with pak ghani @ Pasar Seni,Kuala Lumpur

Memang aku boleh buat dalam masa sesingkat tu,tapi aku sendiri takkan rasa puas hati.So kalau aku sendiri tak puas hati,macammana aku nak berharap orang lain akan berpuas hati….?
Aku lazimnya melukis waktu malam.Bagi aku,masa macam tu adalah masa yang paling produktif.Sunyi sepi,dengan sejuk malam,di temani bunyi cengkerik & bunyi burung hantu yg sibuk duk ligan tikus,aku dapat lebih menghayati.Paling penting,xde gangguan call @ sms.hehe TET!!harap2 takde la yg terasa..@ salah faham(O: Sama jugak la bila nak menulis atau mencipta lagu.
Bila ada je tempahan,automatically aku dah set dlm kepala otak aku,malam ni aku sanggup overnight.Dan aku cuba untuk siapkan sebaik mungkin.Esok kerja atau tak,tu belakang kira.Minat punya pasal,aku tak kisah.Tapi kerja hakiki kena di junjung la jugak.Seboleh-boleh aku akan hadkan masa untuk melukis selewat-lewat hingga pukul 3 pagi..Tapi biasenya mesti terlajak jugak & paling teruk,subuh terlajak..aduyai budush3!!!

TAPI kadang-kadang ada segelintir manusia ni tak faham,nak kan lukisan,nak wajah dia di potretkan,nak NAMA dia di ingati sebagai orang yg menghadiahkan lukisan tu pada seseorang..TAPI liat nak bayar,bila tiba bab bayaran,RM40 @RM60 tu terlalu besar bagi dia,huu…..rugi kot kalau bayar... Senang kata,tak tau & tak mahu menghargai.

SEBAHAGIAN LAGI DARIPADA CONTOH LUKISAN YANG "BERMASALAH"

Orang kita ni ada macam2 pe’el nye.
Masa tempah tu ok je,tapi bila dah terima tu,macam-macam hal la pulak.

Ade pulak yang lepas terima je lukisan dia,TERUS GHAIB..tak dapat di kesan.huhu hebatkan?


AIK?? TADI ADE JE..SEKARANG DAH HILANG PULAK???

Masyarakat kita ni jgak sebenarnya masih kurang dalam bab-bab kesedaran sivik ni.Lebih tepat lagi dalam perkara HARGA>>PENGHARGAAN>>MENGHARGAI. 

SEBAHAGIAN DARIPADA CONTOH LUKISAN YANG "BERMASALAH"

Berbeza dengan masyarakat luar di sesetengah tempat  misalnya,susah nak dengar kisah cetak rompak.Diorag ade kesedaran,dan menghargai karya org lain.Perihal ttg hak cipta ni terlalu di titik beratkan.Tapi kita kat sini,kita sendiri menyokong aktiviti tu.NAK FREE JE,BAYAR TAK MAU!!!



Ade kaitan ke ah dgn lukisan?ade la kot..hehe..Aku ckp mcm ni sbb aku sendiri prnah terkena.Lagu yang aku tulis liriknya,aku cipta melodi nya,tup-tup keluar pencipta lagu ok nama aku,tapi penulis lirik nama orang lain..Pehh menyirap darah aku siot..Kita ni duk perah otak siang malam 2 minggu tak cukup tido,senang-senang je dia nak nama.Dari situ juga aku sedar betapa susahnya nak buat lagu,tapi kita ni senang2 je p download free2 je kan..hihi aduyai.....

Ok berbalik tentang lukisan td..Kan senang kalau cakap awal-awal masa nak tempah tu,
”ckp je aku tak nak bayar..”kan senang aku tazkirah kan terus je..haha..
Akuni pulak bukan jenis yang pandai nak mintak..rasa berat sgt mulut ni.
Sebenarnya bukan hal besar sgt ttg yang dah dapat lukisan dia tapi tak bayar ni-KALAU setakat sorang dua..Tapi bila lebih drpd tu,mslh la jgak.Ini jgak soal mood.Bila jadi mcm ni,automatically mood akan down.Semangat untuk siapkan lukisan lain pun akan kacau.

AKAN TETAPI,bukan semua kwn2(customer aku) macam tu..ada segelintir je..yang lain tu bagus,& sgt2 bagus.

lyn & a'an..(atas)salah sorg customer yg sporting.
hud (bawah)
-bila mood baek.buat kerja pun hati senang..(O:
Diorg tau menghargai,diorg tau tggjwb.
Ada komunikasi yg baik,dia tau ape yg dia nak,blh bbincang ttg style lukisan mcmn yg dia nak secara detail,klu xpasti,dia tny pendapat,setlekan bayaran,di sertai dgn senyuman,nasihat yang membina,galakan,siap berjanji nak promote kat kwn2 dia yg lain.Sikap positif mcm ni la yg boleh mberi galakan pd pencinta-pencinta seni utk lebih aktif berkarya.Tahniah utk korg. 

 I LOVE YOU  LAH!!!
So utk mengelakkan pkr tu drpd berulang,@ utk menjaga  hati sendiri..huhu ayat xblh blah…Mula drpd tahun ni,aku dah tetapkan setiap tempahan perlu deposit,atau bayaran penuh tu,terpulang.

Yang penting,dapat meyakinkan aku.Mungkin ada yang ragu-ragu,ye la urusan jual beli online ni byk tipu muslihatnya..Apepun,terpulang la.Kalau rasa ragu2,ada unsur syubhah,tinggalkan la dan cari la yang lebih meyakinkan.

Pada aku,Insyaallah..aku xmau duit semata-mata,yang penting kalian puas hati dengan hasil kerja aku & aku menjanjikan setiap tempahan akan aku siapkan dengan sesegara & sebaik mungkin.Insyaallah…
Maaf andai ada yeng tarasa hati..
   kalau nak terasa jugak,ape kan daya..lalalalalala..........
                                      Majulah seni untuk semua…(O:
Assalamualaikum…..warahmatullahiwabarakatuh
bayu
zizol4484@yahoo.com
012 6414194



No comments:

Post a Comment

tq for comments...(O: