About Me

My photo
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

Friday, July 15, 2011

Tempahan LUKISAN POTRET ...!!! from cik eina & Tok uban & Mad's Baby Boy

SEBAHAGIAN DARIPADA LUKISAN TERBARU..YANG AKU RASA RAJIN UTK UPLOAD


1)
  tempahan daripada Penang,daripada cik Eina..
Dia minta aku lukis gambar dia dengan hubby dia...
aku guna pensil HB,6B, 8B,& sikit sentuhan charcoal utk lukisan ni...
saiz B4 (15"X11")

Since dia org Penang,haritu aku pun kebetulan adehal nak p penang,so bg byhand je la..jumpa cik eina ni kat tepi pantai kat Queensbay..hehe

*sila ke http://loziza.blogspot.com untuk gambar penuh












2)
    Lukisan ni pulak,tempahan dtg nye dari kawan gak..Mad...yg kerja bancuh air kat kedai Pak Chop..
(korg  tau ke? lantak la tau ke tak...haha )sape yg slalu p sarapan @ lunch kat kedai pak chop mesti biase la nampak baby ni duk main2 kat situ..tu pun klu korg nampak la..
ntah dari mana dia tau yg aku ni melukis potret,tiba-tiba je dia minta aku lukiskan gambo anak lelaki dia..nama ape ek..xingatla plak..
tembam baby ni..umur dlm 3-4 tahun kot...

saiz B4 gak,& aku gunakan pensil 6B,8B utk lukisan ni

3)seterusnya untuk kali ni, tempahan daripada kawan satu pejabat.Orang panggil dia Tok Uban..(mungkin sbb kepala dia byk uban kot...)
so ini bukan lukisan gambar dia,tapi lukisan gambar BINI' dia k...(O:

utk lukisan ni,aku cuma guna pensil 8B je  


*sila ke http://loziza.blogspot.com untuk gambar penuh
*gambar-gamar lukisan ini di ambil menggunakan kamera biasa..Mega Pixel yg rendah,bukan menggunakan scanner @ kamera berkualiti.Mungkin tak sama bila melihat lukisan sebenar.

No comments:

Post a Comment

tq for comments...(O: